Saturday, November 1, 2008

MUTIARA HADIS

Rasulullah SAW telah bersabda :
"menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam"
(Hadis Riwayat Ibn 'Adi, al Baihaqi dan al Thabarani)

Rasulullah SAW telah bersabda :
"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al Tarmizi, al Nasaei, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al Hakim)

Rasulullah SAW telah bersabda :
"Wahai Abu Zar, Bahawa engkau menghabiskan harimu dengan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah adalah lebih baik bagimu daripada bersembahyang seratus rakaat, dan bahawa engkau mempelajari satu bab daripada ilmu sama ada dapat diamalkan atau tidak dapat diamalkan lagi, adalah lebih baik daripada bersembahyang sebanyak seribu rakaat"(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya para malaikat akan melebarkan sayapnya ke atas penuntut-penuntut ilmu sebagai meredhai usaha mereka”
(Hadis Riwayat Abu Daud, al Tarmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al Baihaqi)

No comments: