Tuesday, November 25, 2008

Hidupkn hati dengan Al-Quran

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran,
kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama,
al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua,
membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga,
sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat,
merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.Perkara ini dijelaskan dalam
> hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Monday, November 3, 2008

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Saturday, November 1, 2008

MUTIARA HADIS

Rasulullah SAW telah bersabda :
"menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam"
(Hadis Riwayat Ibn 'Adi, al Baihaqi dan al Thabarani)

Rasulullah SAW telah bersabda :
"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al Tarmizi, al Nasaei, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al Hakim)

Rasulullah SAW telah bersabda :
"Wahai Abu Zar, Bahawa engkau menghabiskan harimu dengan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah adalah lebih baik bagimu daripada bersembahyang seratus rakaat, dan bahawa engkau mempelajari satu bab daripada ilmu sama ada dapat diamalkan atau tidak dapat diamalkan lagi, adalah lebih baik daripada bersembahyang sebanyak seribu rakaat"(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya para malaikat akan melebarkan sayapnya ke atas penuntut-penuntut ilmu sebagai meredhai usaha mereka”
(Hadis Riwayat Abu Daud, al Tarmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al Baihaqi)

PEDOMAN HIDUP...


  • 4 perkara dapat bt mata jd gelap

    ~ Berjaln tnpa kasut
    ~ Sering menangis
    ~ Byk menatap garis2 kecil
    ~ Sepanjang hari dengan wajah kemarahan n penuh dgn kebencian

    4 hal m’hilangkn kesegaran n keceriaan wajah

    ~ Berbohong
    ~ Tidak tahu malu
    ~ Byk bertanya ttg perkara yang tanpa dasar
    ~ Byk melakukn maksiat

    4 Perkara bt wajah lbh segar
  • ~ Menjaga harga diri
    ~ Menepati janji
    ~ Dermawan
    ~ Taqwa

    4 perkara yg mencegah rezeki

    ~ Tidur di pagi hari
    ~ Jarang solat
    ~ Malas
    ~ Suka membuat khianat

    4 perkara menambah daya pamahaman

    ~ Hati yg bersih
    ~ Tidak 4 perkara menyelangi makanan n minuman ke dlm tbh scr berlebihan
    ~ Mengatur menu makanan yg baik dgn manambah yang manis n berlemak
    ~ Membuang semua endapan makanan
    yang memberatkn badan